Isnin, 10 Oktober 2011

Cahaya Mata.

Setiap Pasangan yang berkahwin pastinya ingin dilengkapi dengan kurniaan Cahaya Mata dari Ilahi. Malangnya kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan.

Setelah sekian lama berumah tangga namun masih belum dikurniakan walau seorang Cahaya Mata sebagai penawar suka dan duka dalam hubungan perkahwinan. Namun tidak salah sekiranya kita mencuba mencari ikhtiar dan penawar untuk mendapatkan cahaya mata. Pelbagai kaedah perubatan moden ataupun tradisional digunakan untuk merawat kesuburan untuk menimang cahaya mata, sehinggakan kita terlupa akan satu perkara yang berupaya untuk memulihkan kesuburan iaitu satu jenis herba yang sentiasa kita gunakan.

Tahukah kamu apakah herba itu, itulah “BAWANG PUTIH”. Bawang Putih atau nama saintifiknya Allium sativum lebih dikenali sebagai Garlic dalam keluarga Onion.

Oleh kerana ia merupakan tumbuhan yang wujud agak lama, maka adalah sukar untuk menentukan negara asal tumbuhan ini sendiri. Mengikut Mrs. M. Grieve dalam bukunya yang bertajuk " A Modern Herbal " bawang putih boleh didapati di utara dan selatan Siberia dan kemudiannya berkembang ke selatan Eropah dan ia juga dikatakan tumbuh secara liar di Sicily. Menurut Mrs. M. Grieve, bawang putih juga ditanam secara meluas di negara-negara Latin yang bersempadan dengan negara Mediteranean.

Bawang putih juga telah disebut dalam buku-buku China terdahulu sebelum tahun 2000 S.M lagi. Selain itu ia juga disebut dalam kebanyakan dalam karya-karya sastera seperti Shakespeare, Chancer dan Danten.

Dalam zaman ini pula, masyarakat tidak lagi menghiraukan kepercayaan-kepercayaan karut mengenai bawang putih itu sendiri. Namun suatu keajaiban kini kerana bawang putih muncul sebagai suatu tumbuhan yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. Antara penyakit-penyakit itu termasuklah tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan penawarnya untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

sumber:http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/nor_az.htm

Bawang putih adalah herba yang paling sinonim dalam masakan melayu malahan semua negara atau masyarakat memasukkan bawang dalam masakan mereka. Namun kerana memakan bawang putih secara keterlaluan boleh menyebabkan badan berbau maka ramai yang menolak dan mengasingkannya dari makanan, malah ada yang memesan makanan tidak diletakkan bawang. Tanpa kita sedari Bawang Putih berpontensi untuk merewat kesuburan genitik manusia sekaligus merawat kemandulan.

Sekiranya sudah ditakdirkan kita tidak dikurniakan dengan cahaya mata sesungguhnya Allah telah menetapkan dan memberikan yang terbaik buat kita, Usahlah kita kecewa dengan nasib dan dugaannya redhalah dengan ketetapanNya.

“Kita merancang, Allah juga merancang; dan susungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik.”

Tiada ulasan: