Rabu, 19 Oktober 2011

3T (Teringin Tapi Takut)

Salam, Alhamdulillah dipanjatkan syukur kerana diberi kesempatan untuk mencoretkan beberapa perkara yang belum selesai dijelaskan oleh saya. Mungkin ada diluar sana sudah tahu apa itu Teringin Tapi Takut dan mungkin juga masih belum tahu dan tergaru-garu kepala. Kepada yang sudah tahu kongsikan pengetahuan anda bersama. Dan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu pengetahuan kerana ilmu itu milik Allah dan berdosa sekiranya saya tidak berkongsi ilmu yang diketahu bersama semua.
Kepada pembaca lelaki, tentu sudah faham dengan frasa 3T, namun adakah T yang ketiga itu yang menghalang anda untuk berbuat demikian. Kepada yang belum faham biar saya terangkan dan jelaskan satu persatu.
Teringin: Apakah yang anda inginkan dalam kehidupan anda, hari ini, semalam, kelmarin, minggu lepas dan seterusnya. Adakah apa yang anda inginkan sudah dipenuhi, diperolehi, dimakbulkan, diizinkan.
Takut: Apakah yang menghalang anda mendapatkan apa yang anda inginkan, Siapakah yang anda takuti untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.
Sekiranya anda masih belum faham, jom kita bersoal jawab bersama saya. Semuanya berkaitan dengan anda, semuanya ada pada anda cuma sedikit sebanyak keinginannya.

Tiada ulasan: