Rabu, 28 Mac 2012

RON95 kekal

PUTRAJAYA: Kenaikan harga minyak global menyebabkan subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.03 seliter pada Mac, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.
Harga petrol bagi RON95 kekal pada RM1.90 per liter.
“Sejak harga petroleum dunia meningkat, kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kesan sampingan,” katanya di sini, Selasa.
Kali terakhir harga minyak RON95 dikaji semula pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Februari lalu berjanji bahawa harga minyak petrol RON95, yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan buat masa ini walaupun kenaikan harga minyak global.



Masih ingatkah kita akan situasi yang sama 25 Februari 2008. Sebelum pilihanraya umum ke 12. Ingatkah anda semua kata-kata TPM pada masa itu, Kami yakin pada masa itu ramai yang meletakkan harapan yang tinggi dengan kenyataan kalangan menteri. Masakan tidak, jika benar-benar berlaku kenaikan harga minyak, ia bakal memberikan impak secara rantaian kepada kenaikan semua harga barang di Malaysia.
Tiga bulan kemudian… Setelah PRU12, Tetapi belum puas kalangan rakyat Malaysia meraikan kejayaan dan kemenangan parti masing-masing semasa Pilihanraya Umum 2008, yang dipilih oleh kalangan mereka tidak kira lah daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, akhirnya sudah mula kedengaran harga minyak bakal dinaikkan tidak lama lagi.
“Kalau begitu janji kerajaan melalui Datuk Najib hanya mampu bertahan untuk 3-4 bulan sahaja?”
Bermakna kalau disemak semula kenyataan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada masa itu, Datuk Shahrir Abdul Samad, rakyat Malaysia ada 2 bulan lagi untuk bersedia menghadapi gelombang kenaikan harga minyak yang dijangka berlaku pada bulan Ogos.
Tiba-tiba, selepas 2 hari sahaja kenyataan dikeluarkan oleh menteri berkenaan harga minyak di Malaysia, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan yang mendadak di mana harga minyak terus dinaikkan, bukannya pada paras 10 sen, 20, sen , 40 sen, 70 sen tetapi kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 78 sen. Sedangkan, kita iaitu Malaysia merupakan pengeluar minyak. Setiap satu dolar kenaikan harga minyak dunia, Malaysia berjaya mengaut keuntungan beratus juta dolar Amerika.
Jun 2008: Akhirnya, Harga Minyak Naik 78 sen
Mungkin Datuk Seri Najib dan Datuk Ismail boleh memperjelaskan kepada rakyat Malaysia selepas ini. Contohnya, apabila berlaku setiap kenaikan harga minyak dunia, berapa perolehan pendapatan kepada Malaysia selaku pengeksport minyak yang berkualiti tinggi? Dan sehingga di paras mana Malaysia masih boleh bertahan lagi pada harga minyak yang digunakan rakyat Malaysia ketika ini. 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan atau…..?
Dan jika harga minyak boleh dinaikkan, adakah kerajaan juga benar-benar bersedia untuk menurunkan harga minyak semula jika harga minyak dunia kembali kepada sediakala?





Tiada ulasan: