Isnin, 26 Mac 2012

Amerika Takutkan Iran…

Kami menjangkakan keadaaan Amerika semakin “tenat” ketika ini dek kerana dilihat kekurangan pengaruh kuat seperti dahulu, terutamanya daripada aspek ekonomi. Tetapi sungguh tidak disangka walaupun Amerika yang sudah “nyawa-nyawa ikan” pun masih lagi mahu mendabik dada sebagai polis dunia.

Iran yang buat program nuklear, akhirnya negara-negara yang berdagang terus dengan Iran turut terkena tempiasnya. Bagi kami, kelompok Amerika ini lebih dilihat mahu “main wayang” sahaja. Amerika kata mahu membuat sekatan kewangan kepada mereka yang berdagang dengan Iran. Tetapi….

  1. Itali masih boleh beli lagi minyak Iran?
  2. Jepun masih boleh beli lagi minyak Iran?

Jikalau Jepun tunduk sekalipun dengan “tekanan” daripada Amerika, dunia masih lagi memahaminya. Semuanya kerana peristiwa perang dunia ke-2. Sebelah kekuatan Jepun “dipegang” oleh Amerika sebenarnya. Selepas Jepun kalah, terdapat perjanjian tentera dengan Amerika yang mana Jepun tidak dibenarkan bangunkan ketenteraan. Amerika yang buat pengkalan tentera di sana dan Amerika yang sebenarnya melindungi keselamatan Jepun.

Itu kisah mengenai Jepun. Yang Malaysia, perlukah tunduk kepada tekanan Amerika?

  • Jikalau Amerika sekat, kita boleh berpaling kepada Rusia, China, negara-negara Eropah, negara Arab dan Asean
  • Tetapi, hakikatnya Amerika mempunyai cukup kelebihan untuk menyekat sistem pembankan antarabangsa

Amaran Amerika Kepada Pengimport Minyak Iran!!

2 hari lepas, Amerika telah mengeluarkan Amaran Kepada mana-mana negara yang membeli minyak daripada Iran

WASHINGTON 22 Mac – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), semalam menyiarkan senarai 12 negara termasuk Malaysia yang membeli minyak mentah Iran dan boleh dikenakan sekatan kewangan oleh AS jika mereka tidak mengurangkan pembelian minyak itu dengan banyak.

Jabatan Negara AS, kelmarin menyiarkan bilangan negara terlibat tanpa menyebut nama mereka, selepas mengumumkan bahawa Washington akan mengecualikan Jepun dan 10 negara Kesatuan Eropah (EU) daripada sekatan kewangan kerana telah banyak mengurangkan pembelian minyak dari Iran. Negara-negara yang diberi pengecualian itu terlepas selama enam bulan ancaman diputuskan daripada sistem kewangan AS di bawah sekatan yang bertujuan untuk mengenakan tekanan ke atas Iran supaya menghentikan program nuklearnya.

Bunyi macam menakutkan, itulah kuasa pembuli Amerika, semua negara kena patuh suruhan mereka dan Israel walau pun nyata yang Iran tidak memiliki senjata nuklear sepertimana dakwaan yang dibuat oleh negara haram Israel. Nak harapkan Arab Saudi?

Negara boneka Amerika itupun, sudah awal-awal bersiap sedia untuk memenuhi mana-mana permintaan hasil sekatan Amerika.

Saudi oil minister Ali al-Naimi said the kingdom had met all its customer’s requests for oil and stood ready to raise output to full capacity of 12.5 million bpd, if needed.

“My only mission is to convey to you that there is no supply shortage in the market,” Naimi told reporters on Tuesday. “We are ready and willing to put more oil on the market, but you need a buyer.” (Petikan Daripada : Reuters)

Jadi apa keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangani isu ini?

Petronas Iran Oil Malaysia Malaysia Setuju Henti Beli Minyak Iran Selepas Menerima Tekanan Daripada Amerika?Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran. Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

“Ia hanya jumlah yang kecil,” katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari. Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini. Sumber : Bernama

Hakikatnya sekarang ini jikalau Amerika buat “kacau” ia akan memberikan kesan kepasa sistem pembankan Malaysia. Apabila sistem pembankan terganggu, kesannya terhadap ekonomi agak besar. Silap haribulan, bank terpaksa menaikkan kadar faedah, pinjaman lebih sukar untuk dilakukan, kad kredit, pinjaman perniagaan tidak boleh diagihkan. Perdagangan juga akan terjejas kerana bank tidak boleh mengeluarkan  atau mungkin boleh berikan limited LC. Harga barang pun akan naik. Perniagaan akan mula terjejas.

Inilah bahananya apabila perbankan dunia berantaian secara elektronik dengan Amerika. Apatah lagi Amerika merupakan rakan dagangan Malaysia yang besar.

Mungkin selepas ini, atas nama pun perdagangan bebas, tidak mustahil Malaysia juga boleh membeli minyak Iran dengan cara Iran boleh jual ke India. Kita beli melalui India. Mungkin?

Tiada ulasan: