Khamis, 3 November 2011

Releven Gaji Dipotong.

Dari Parlimen pada 2 November 2011, satu usul telah dicadangkan iaitu Gaji Perdana Menteri dipotong sebulan. Pada pendapat dan pandangan semua, adakah wajar gaji PM dipotong sedangkan beliau adalah tonggak utama negara iaitu ketua kerajaan Malaysia.

Jom kita kupas isu ini dengan lebih mendalam…

Diketahui bahawa pemimpin bertujuan untuk berkhidmat untuk rakyat, oleh kerana itu ianya adalah satu pengorbanan untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat bukannya ganjaran dalam bentuk gaji dan imbuhan-imbuhan lain kerana mereka telah berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Oleh kerana PM merupakan individu pertama dalam Negara, maka setiap perbelanjaan adalah ditanggung oleh kerajaan Malaysia, untuk itu tiada sebarang duit atau wang yang keluar untuk perbelanjaan semuanya ditanggung oleh kerajaan. Sekiranya sebulan gaji PM dipotong tidak akan menjejaskan kehidupan hariannya.

Pemotongan sebulan gaji tidak melibatkan imbuhan-imbuhan dan elaun-elaun lain yang diterima oleh PM, maka dengan itu tidak akan menjejaskan perjalanan kerjaya beliau sebagai PM. Disamping itu, juga ini tidak akan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai PM namun akan membuatkan rakyat lebih menyanjungi beliau kerana tidak mementingkan wang ringgit tetapi mementingkan rakyat.

Cuba kita ambil kira pendapatan kasar PM adalah dalam lingkungan RM22k. Secara puratanya beliau mendapat RM264k setahun. Oleh itu sekiranya RM22k dipotong bukannya banyak berbanding apa yang diperolehi oleh beliau dalam setahun… Anggaplah ia sebagai pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang PM kepada rakyat, Pilihan rakyat dan Untuk Rakyat.

Oleh itu berdasarkan kepada ulasan-ulasan di atas maka, disokong gaji PM dipotong sebulan gaji.

untuk maklumat lanjut sila layari:http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/11/dari-parlimen.html

Rabu, 2 November 2011

Dari Parlimen

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar) yang meminta kerajaan memotong satu bulan gaji Perdana Menteri sebanyak RM22,826.65 ditolak pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Usul tersebut ditolak setelah dibahaskan oleh beberapa orang ahli Parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat dan BN dan mendapat tentangan hebat dari BN termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.
Yang Dipetua Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia ketika memutuskan perkara itu berkata, disebabkan lebih suara tidak bersetuju, usul itu tidak disetujukan.
Tian Chua dalam usulnya mencadangkan perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM22,826.65 daripada perkara Maksud Bekalan\Pembangunan 6 - Jabatan Perdana Menteri Kod 1000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji satu bulan Perdana Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM22,826.65.
Usul tersebut dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri.
Menurut Tian yang juga Naib Presiden PKR, usul tersebut dikemukakan selaras dengan kedudukannya sebagai seorang wakil rakyat yang diamanahkan oleh para pengundi dan pembayar cukai untuk menyuarakan perkara-perkara berkepentingan awam.
Katanya, tindakan beliau itu bukan bertujuan untuk memalukan atau menimbulkan kesulitan kepada mana-mana pihak, namun pemotongan gaji sebulan itu cuma simbolik untuk memperingatkan pentadbir supaya menjalankan tugas dengan amanah dan telus.
Dalam usulnya yang dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tian antara lain berkata, dalam sejarah, hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 telah mencatat RM437.2 bilion atau 51 peratus dari nisbah hutang tempatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
"Manakala kadar inflasi telah mencatat pada paras yang tinggi iaitu 3.4 peratus sejak bulan Julai hingga September," katanya ketika membacakan usul itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Faktor berlaku inflasi, menurut beliau, disebabkan oleh dasar rasionalisasi subsidi bagi gula, petrol RON 97 dan diesel serta tarif elektrik.
Katanya, walaupun Kerajaan Malaysia membelanjakan jumlah yang besar sehingga RM94 juta bagi memperolehi khidmat perunding antarabangsa, tetapi khidmat yang diperolehi tidak menyumbang dalam pemantapan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
"Dalam hubungan ini juga terdedah dengan hubungan FBC Media dengan APCO yang mempunyai hubungan kerjasama yang rapat serta mempunyai hubungan luar biasa dengan Israel.
"The Independent turut mendedahkan APCO membayar AS$80,000 kepada FBC pada tahun 2008 untuk meningkatkan kesedaran polisi Malaysia," katanya berhubung kegagalan kerajaan dalam urus tadbir.
Menurutnya, baru-baru ini, isi kandungan Laporan Ketua Audit Negara 2010 menjadi isu hangat oleh kalangan rakyat, apabila kandungan laporan audit telah membuktikan ketirisan dan kepincangan kelemahan dalam pentadbiran Najib yang melibatkan ahli keluarga menteri yang turut membuktikan kegagalan tranformasi Najib.
"Kegagalan mendakwa 3 pegawai SPRM yang bertanggungjawab dalam kes kematian Teoh Beng Hock bagi menegak keadilan bagi keluarga Teoh. Ini termasuk pihak SPRM gagal bertanggungjawab ke atas kes Ahmad Sarbani yang dijumpai mati di bangunan SPRM," katanya.
Dari sudut imej antarabangsa, katanya, Perdana Menteri gagal menangani isu-isu perkauman dan agama dengan membiarkan kumpulan-kumpulan pelampau menyerang dan mengancam keharmonian masyarakat.
"Parti pemerintah ditafsir memberi sokongan sunyi dan ini mengujudkan kekhuatiran masyarakat antarabngsa," katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Katanya, perhimpunan aman Bersih, pentadbiran Najib telah menunjukkan sikapnya yang memperlekehkan demokrasi dengan menutup bandaraya dan tindakan keganasan oleh pihak polis, sehingga mendapat kritikan oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan hak asasi manusia seluruh dunia.
Menyentuh tentang pemborosan pula, beliau berkata, kos lawatan rasmi yang dibelanjakan oleh Perdana Menteri dan isteri semakin meningkat sejak tahun 2008 hingga kini.
Dalam tahun ini, tegasnya, Perdana Menteri sendiri beberapa kali menggunakan wang rakyat untuk tujuan keluarga sendiri termasuk lawatan ke Kazakhstan dan Perth, Australia.
"Lawatan ke Kazakhstan telah membelanjakan RM1 juta yang bertujuan berjumpa dengan besannya. Sebelum ini, Menteri Luar Negara pun gagal menjawab bilangan rombongan ke Kazakhstan dan siapakah mereka," ujarnya.
Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 September pula, jelasnya, merupakan lawatan peribadi tetapi Perdana Menteri menggunakan pesawat Airbus A319 yang dimiliki oleh kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan SBPA

Semenjak pengumuman oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012. Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mendapat banyak carian dari seluruh Malaysia terutamanya penjawat awam yang tertunggu-tunggu dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB PM. Apa sahaja tajuk keyword, tag, label dan sebarang perkataan dan segalanya yang berkaitan SBPA mendapat hit tinggi.

Apakah yang ingin diketahui oleh para pencari atau surfer mengenai SBPA, adakah ianya berkaitan kenaikan gaji yang di katakan di antara 7-13%, ataupun skim perkhidmatan.

Sehingga ke hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum mengeluarkan sebarang Pekeliling Perkhidmatan berkaitan SBPA secara rasmi. Namun begitu pelbagai spekulasi dan pendapat tentang SBPA boleh diperolehi secara meluas di blog-blog dan forum, tidak kira samada di Facebook, Twitter ataupun sebagainya semuanya mengenai SBPA.

Adakah SBPA lebih baik daripada SSM dan SSB, Apakah yang diharapkan oleh penjawat awam melalui SBPA. Adakah ianya berkaitan skim perkhidmatan, struktur gaji sebaris, syarat perkhidmatan dan sebagainya.

Selasa, 1 November 2011

Pengawal Peribadi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Cerita Seorang Pedagang
Seorang pedagang sedang dalam perjalanan melalui padang pasir menuju sebuah negeri untuk menjual barang dagangannya. Dia selalu diikuti oleh rombongan perompak. Pada malam hari, ia membaca ayat Kursi sebanyak 7 kali dengan iktikad membuat dinding pertahanan sekitar dirinya dan sekitar hartanya sebelum tidur. Dibacanya ayat Kursi terus menerus sampai dia tertidur.
Pada keesokan pagi, dia ditemi oleh beberapa orang yang tidak dikenali dan mereka berkata “Wahai pedagang, pasti ada rahsia yang ajaib. Ketika kami hendak merompak harta benda dan membunuhmu pada malam tadi, kami melihat ada pagar besi yang tidak boleh ditembus pada sekitar tempat tidurmu. Berkali-kali kami ke tempatmu, dan setiap kali itu jugalah ada pagar tersebut. Kami ingin mengetahui amalanmu dan kami berjanji yang kami tidak akan berbuat jahat lagi asal saja kamu memberitahu amalan apa yang kamu kerjakan”.
Kemudian pedagang tersebut pun menerangkan ayat Kursi yang dibacanya.
Antara kelebihan lain ayat Kursi:
1) Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi2,  serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
7) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWTakan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, ‘Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…’
Kisah benar ini berlaku di US.Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"... Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ... "
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
KESIMPULANNYA.
Dari cerita yang dipaparkan di atas, apakah relevennya Pengawal Peribadi pada hari ini. Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk menjaga keselamatan diri dan harta bagi individu yang mengamalkan membaca Ayat Kursi. Penjaga dari yang Maha Esa, yang tidak terlihat dan tidak tertewas oleh makhluk yang berjirim. Adakah mereka yang menupah pengawal peribadi itu takutkan makhluk ciptaan Maha Pencipta atau sekadar ingin bermegah di atas kekuasaan, kepemimpinan, pangkat, darjat, harta dan kekayaan yang telah diberikan oleh Allah melaluinya untuk di bahagikan sesama manusia.













Isnin, 31 Oktober 2011

Hari Tanpa Beg Plastik

Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor. Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Carrefour, Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven, Mydin dan sebagainya.

Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah. Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang  menyebabkan banjir, dan merosakkan kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg  plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.

Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing. Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China  telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.

Apa yang menjadi persoalannya, bukannya siapa yang mengamalkan dan mengikuti program ini, tetapi retailer-retailer berkenaan mengambil kesempatan di atas kempen yang dijalankan ini untuk mengaut keuntungan dengan menjual beg-beg plastik kepada pengguna/ pelanggan mereka. Ini bukannya menyokong kempen Hari Tanpa Beg Plastik, ianya dikira mengambil kesempatan seolah mereka menangguk di air keroh. Kepada yang berkenaan sekiranya retailer ini menyokong usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik demi menjaga kehijauan bumi, mereka seharusnya menyediakan beg-beg kertas ataupun sebarang bentuk medium tanpa dikenakan sebarang bayaran.