Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan ini untuk mencoretkan beberapa pandangan yang bermain di benak minda ini. Pelbagai program transformasi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri sejak mengambil alih tampok kepimpinan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah.
Namun sejauh manakah program transformasi ini berjaya mengubah taraf hidup rakyat Malaysia terutamanya yang berada diluar bandar. Lihat sahaja kepada capaian kepada pendidikan.. mereka ini jauh ketinggalann berbanding dengan pelajar sekolah dibandar. Tidak pelu lagi kita bandingkan aspek yang lain cukup hanya dengan aspek itu sahaja, kerana ianya adalah satu asas kepada semua aspek-aspek lain.
Sebenarnya jika dilihat secara detail dan teliti, hanya beberapa golongan sahaja yang mendapat kebaikan daripada program Transformasi yang dicanangkan..
Tidak malukah seorang pemimpin yang terpenting di Malaysia, jika program-program yang dijalankan hanya memberikan kesan kepada hanya segelintir masyarakat Malaysia. Tidak malukah, sekiranya ada suara-suara sumbang mengatakan, bahawa Isteri Perdana Menteri mengalahkan Perdana menteri Sendiri.. Jangan dilupa pepatah melayu ada mengatakan jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga atau kerana setitik nila rosak sebelanga susu.
Cuma kerana beberepa faktor yang dianggap remeh keseluruhan program tranformasi bertukar menjadi Reformasi… ianya boleh berlaku.. bukan kerana salah cetakan atau sebagainya tetapi kerana kerosakan mutu.. atau apa yang cuba disampaikan diterima tidak sepenuhnya.
Ingatkah kita, kepada sejarah kerana sejarah mengajar kita untuk lebih matang dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk agar tidak mengulangi semula apa yang telah berlaku bab lagu NewBoys suatu masa dahulu “Sejarah Mungkin Berulang”… Ramai pemimpin-pemimpin yang pernah menakluki dunia tewas ditangan wanita. Memang benar disebalik seorang pemimpin unggul ada seorang wanita dibelakangnya, tetapi wanita bagaimanaikah yang berada dibelakang seorang pemimpin unggul. Wanita yang dimaksudkan cuma menyokong dari segi sokongan moral bukannya bersama-sama untuk meunjukkan kehebatan bahawa dia juga adalah hebat sebagaimana suaminya… atau pasangannya.
Ingat-ingat itu remember, don’t forget itu jangan lupa… Pelanduk sering melupakan jerat tetapi Jerat tidak pernah lupa akan pelanduk…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan