“SAYA  mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun  ia sudah  lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa   bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.   Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan   rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian,   tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan   dengan sempurna.
Suami  memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu  menguruskan  rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan  saya gembira  melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun  sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami  dan  anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya   dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang   kepadanya.
Memang  dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan  Ilahi.  Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang  menentukan.
Hari  itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana  banyak  urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa   pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya  begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti  itu  jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat.  Suami  sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya  tidak  memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang  hati  bersetuju.
Selepas  menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren  kira-kira lima  kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga  berbual panjang,  bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok  bersama. Macam-macam  yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria  melayan tiga anak  kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya  dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan  ketawa  memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga   kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami  tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan  dan  minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang   keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun,  saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya,  seolah-olah  terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan  melihat wajah  suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum  mengantuk,  sedangkan dia juga keletihan.
 Dia  menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu   permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan   perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus   melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan   tangan yang merangkul saya.
Dia  menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu   permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan   perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus   melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan   tangan yang merangkul saya.Esoknya,  perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang  tidak  kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya   dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang   mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang   segera ke hospital.
Hati  saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital  tetapi  segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan  saya  tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi   perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya   kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya  itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan  yang lebih  saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam  itu, maka  saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
 Teringat  Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama,  ‘Demi Allah  yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak  isteri  tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka   malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga   dimaafkan suaminya’.
Teringat  Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama,  ‘Demi Allah  yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak  isteri  tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka   malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga   dimaafkan suaminya’.Sehingga  kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan  mengalir ke  pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya  diampunkan  kesalahan saya.”
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air  mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada  Allah supaya diampunkan kesalahan saya." Sesgguhnya  solatku,ibdahku,idupku,mtiku hnyalah utk ALLAH Doakn aku jd UMAT yg  taat, bkal ISTERI & UMI yg diredhai amin. 
Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan