Wanita sukar difahami. Itulah yang sering kita dengar dan baca. Sikapnya yang ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Hendak ditanya, pasti dia tidak akan mengaku begitu sahaja.
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini
Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan membetul-betulkan tudungnya
Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Disamping itu, anda intai samada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda.Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda.
Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak.
Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda.
Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang.
Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan.
Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak.
Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar.
Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan