Jumaat, 3 Mei 2013

Harapan Wanita dalam PERHUBUNGAN

SAAT menjalin hubungan cinta dengan lelaki, wanita menginginkan beberapa hal dari pasangannya tersebut. Selain pengertian, beberapa keinginan ini sangat diidamkannya.Lelaki selalu bertanya-tanya apa yang wanita inginkan darinya.Rasa ingin tahu itu pun melingkari untuk mencari tahu apa sahaja yang mereka inginkan. Nah, berbanding dihantui rasa ingin tahu, ulasan dibawah ini tentu saja boleh membantu anda.....
Keselamatan
Wanita ingin merasa aman di sisi lelaki apalagi realitinya dunia sering tak bersahabat pada keselamatan wanita. Oleh itu, dengan keberadaaan lelaki di sisinya, mereka berharap keselamatan bukan jadi masalah bagi mereka.
Kesenangan
Wanita ingin merasakan rangsangan sensual yang murni. Lelaki biasanya membincangkan perniagaan, sukan dan wanita. Sementara wanita biasa membicarakan seks, lelaki, seks, hubungan dan seks.
Cabaran
Wanita ingin merasakan kenikmatan dan percaturan. Mereka mempunyai keinginan kuat untuk percaya pada seseorang yang boleh membawa mereka pada pengalaman emosional yang mencabar di mana mereka tak mempunyai keberanian untuk melakukannya sendiri.

Khamis, 2 Mei 2013

Perlu Celik Perlembagaan

Melayu Perlu Celik Kandungan Perlembagaan

BERAPA ramai rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mengenai hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan? Saya fikir tidak ramai mengetahuinya dengan secara sesungguhnya.
Oleh kerana ketidaktahuan ini, orang Melayu dan Bumiputera tidak menuntut hak sebaiknya. Ada pula berasa bahawa mereka tidak punyai hak istimewa dalam menjalani kehidupan mereka di bumi warisan.
Orang bukan Melayu pula ada yang tidak menghormati hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Situasi ini pada akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan hak pada yang berhak.
Orang Melayu dan Bumiputera hendaklah meneliti Perlembagaan supaya dapat mengetahui hak masing-masing lalu membuat tuntutan sewajarnya. Orang bukan Melayu sewajarnya juga memahami Perlembagaan bersabit hak istimewa orang Melayu supaya pertikaian tidak munasabah boleh dihindarkan.
Sebenarnya Perlembagaan negara adalah undang-undang tertinggi yang dibuat oleh majoriti rakyat dan sepatutnya ditaati. Rakyat yang tidak menghormati undang-undang negara akan membawa negara itu ke kancah kucar-kacir. Bangsa yang tidak tahu mengenai hak dan miliknya dan tidak berusaha mengetahuinya akhirnya akan kehilangan hak itu.
Hak yang hilang selalunya tidak mungkin dapat dikembalikan lagi. Maka itu, semua rakyat hendaklah fasih mengenai hak mereka dalam Perlembagaan, supaya yang berhak mendapat haknya dan yang tidak berhak dapat menghormati hak orang lain.
Sebelum mempersoalkan hak orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan, kita terlebih dulu perlu memahami kandungan satu persetujuan yang dibuat semua kaum yang mendiami sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Kaum ini terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Persetujuan dikenali sebagai Kontrak Sosial yang mengenai persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada lebih sejuta kaum pendatang sebelum Tanah Melayu merdeka.
Sebagai balasan daripada pihak bukan Melayu bersetuju memberikan hak istimewa kepada orang Melayu. Kontrak Sosial ini adalah adalah satu tindakan muafakat antara orang Melayu yang berstatus warga negara Tanah Melayu ketika itu dengan orang Bukan Melayu yang belum menjadi warga negara.
Di sini, jelas kedua-dua belah pihak mempunyai keuntungan: Kaum bukan Melayu menjadi warga negara secara automatik kerana bersetuju memberi orang Melayu hak istimewa. Perlembagaan yang ada sekarang yang bersabit dengan hak orang Melayu digubal berlandaskan Kontrak Sosial yang dipersetujui semua kaum sebelum Tanah Melayu merdeka.
Maka semua rakyat wajib mematuhi Perlembagaan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini menyatakan bahawa Perlembagaan ini tidak boleh diubah.
Apakah hak istimewa orang Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia dan perlu diketahui semua rakyat? Yang penting rakyat tahu ialah perkara 152, 153, 89, 90, 38, 32 dan 3. Kandungannya seperti berikut:
Perkara 152(1) menyatakan bahawa bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa lain boleh juga diajar dan dipakai.
Perkara 153 (1 hingga 9) menyatakan bahawa DYMM Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa dan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera mengenai kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, pendidikan, biasiswa, danasiswa, latihan dan sepertinya. Ianya juga merangkumi lesen dan permit perniagaan.
Perkara 89 dan 90 mengenai pemeliharaan tanah rizab orang Melayu.
Perkara 38 menetapkan tiada undang-undang yang boleh menjejaskan keistimewaan, kedudukan, martabat dan maruah Sultan diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Perkara 32 menetapkan DYMM Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua tertinggi negara.
Perkara 3 menyatakan bahawa agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam. Agama lain boleh diamalkan.
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, dalam ucapan beliau pernah berkata, bahawa orang Melayu banyak berkorban untuk orang bukan Melayu supaya mereka hidup aman damai di negara ini.
Sedutan teks ucapannya berbunyi: “Orang Melayu sedia memberikan hak munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu sudah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang dibuat oleh orang Melayu.
Sesungguhnya ada jaminan hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan, tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera hendaklah dihormati dan dipraktikkan sendiri oleh Melayu dan Bumiputera. Rakyat yang lain tidak perlu mengungkit perkara ini kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan. Akta Hasutan jelas menyatakan bahawa mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum.
Saya yakin gagasan 1Malaysia yang dipelopori Najib adalah berteraskan Perlembagaan sedia ada. Apabila beliau berkata, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sebenarnya membawa makna supaya keadilan diberi kepada semua rakyat. Keadilan ini berteraskan Perlembagaan yang kita junjung, termasuk hal mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh : Datuk Prof Dr Hashim Yaacob

Bangsa Asing Cuba Menghilangkan Sejarah Bangsa Melayu

FAKTA tidak boleh dibahaskan… Itulah sanggahan daripada salah seorang peserta yang menegaskan bahawa sesuatu fakta sejarah tidak boleh dibahaskan. Ia sudah menjadi fakta, dari itu kita kena terima seadanya. Ini kerana topik yang dibahaskan adalah suatu yang sensitif dan diperakui sebagai sejarah.

Menarik penghujahan yang dilontarkan oleh peserta berkenaan. Bertambah menariknya apabila beliau mengakui telah mengajar subjek sejarah sejak 10 tahun lalu dan sekarang mengajar subjek kenegaraan pula.

Bagi menjawab persoalan itu, saya meletakkan sebotol air mineral di atas rostrum dengan labelnya mengadap saya lalu bertanya, apakah objek tersebut. Beliau menjawab, botol air minuman.

Apabila ditanya apa yang tertera di belakang botol tersebut, jawapannya tidak tahu kerana tidak nampak. Saya bertanya pada peserta yang berada di hujung kiri dan kanan dewan apa yang mereka lihat?

Jawapannya berbeza antara satu sama lain. Masing-masing mendakwa apa yang dilihat itulah bahagian hadapan. Apabila ditanya perkataan apa yang tertulis di bahagian belakang yang mengadap saya?

Mereka menjawab tidak tahu kerana tidak nampak.

Maka saya pusingkan botol dan bertanya adakah para hadirin nampak keseluruhan perkataan serta gambar yang tertera pada botol itu, jawapannya Ya. Begitu juga sejarah, ia perlu dilihat dari pelbagai sudut barulah kita dapati perkara yang sebenarnya berlaku. Bagaimanapun, peserta yang menggesa supaya fakta sejarah tidak dibahaskan masih bertegas dengan pendiriannya dengan mendakwa saya mengelirukan para hadirin. Keliru! Tiada niat sama sekali tetapi peserta itulah yang mengelirukan pemikiran dan bersifat tertutup untuk menerima sesuatu yang baru, kerana persepsi awalnya mendakwa saya yang berkelulusan jurutera tidak layak untuk membicarakan mengenai sejarah negara dan kenegaraan.

Sebagai seorang yang berkelulusan teknikal dan dilatih untuk melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek, begitu juga apabila mengkaji sejarah negara, kita tidak boleh melihat ia dari satu sudut sahaja, sebaliknya ia perlu dilakukan secara menyeluruh, barulah mendapat gambaran yang sebenarnya.

Perdebatan ini berlaku dalam satu wacana ilmu mengenai sejarah penubuhan Malaysia yang dihadiri oleh golongan pendidik. Ia bermula apabila seorang peserta bukan Melayu menyatakan bahawa orang Melayu di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah masyarakat tertutup dan ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Beliau mendakwa, Melaka maju hanya disebabkan kehadiran pedagang Cina dan India. Jika kedua-dua bangsa tidak membantu, orang Melayu Melaka akan terus berada dalam keadaan daif dan tidak bertamadun.

Tersentak saya dengan dakwaan tersebut. Saya bertanya jika Melaka tidak maju mana mungkin, pelabuhan Melaka yang dikendalikan oleh orang Melayu Melaka didatangi oleh pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia? Seperti yang ditulis sejarawan Portugis, Tome Pires di dalam bukunya Suma Oriental, antara negara yang datang berdagang di Melaka selain Portugis ialah Kaherah, Mekah, Aden, Malindi, Ormuz, Parsi, Rom, Turki, Turkomans, Armenia, Gujarat, Malabar, Klings, Ceylon, Bengala, Arakan, Pegu, Siam, Patani, Kambodia, Champa, China, Brunei, Lucoes, Laue, Banka, Linga, Banda, Bima, Timor, Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Minangkabau, Siak, Arqua, Aru, Bata,Tomjano, Pase, Pedir, Maldives dan banyak lagi.

Di dalam buku berkenaan juga mencatatkan terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan sehari di pelabuhan Melaka, tetapi jika tidak tahu berbahasa Melayu mereka tidak dibenarkan berdagang. Ini menunjukkan sistem pentadbiran Melaka diterima pakai oleh masyarakat pedagang ketika itu.

Maknanya, pedagang Cina dan India sama peranannya seperti pedagang negara lain, cuma pedagang Cina dan India diberikan sedikit keistimewaan berbanding yang lain. Ini kerana berdasarkan sejarah, Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan maharaja Ming telah memperakui Melaka sebagai sebuah negara di bawah naungannya.

Berdasarkan hubungan itu, orang Melayu Melaka telah 'mempelawa' orang Cina untuk bersama-sama memajukan ekonomi Melaka. Manakala India, antaranya berdasarkan pengembangan agama Islam dan percayanya orang Melayu ketika itu, turut meletakkan orang India di dalam sistem pentadbiran Istana Melaka. Mulia sungguh hati orang Melayu!

Adakah dengan alasan ini, bermakna orang Melayu tidak 'cerdik' dalam mengurus ekonomi dan pentadbiran negara, atau orang Melayu sebenarnya 'mengajar' pedagang-pedagang asing bagaimana untuk menjadi seorang pedagang dan pentadbir yang cemerlang termasuk kepada pedagang Cina dan India.

Cuba lihat kenyataan Damio de Geos di dalam bukunya Bibilotheca de Classicos Portuguezes, bab 1, m.s 117, perenggan 14; "Bandar Melaka terletak di tepi lautan Siam, di muara sebatang sungai yang kecil. Ia merentangi sepanjang pesisir pantai dan sempit. Terdapat dusun yang sangat subur dan air tawar yang begitu banyak. Sumber-sumber bekalan dibawa dari luar."

Begitu juga dalam Bab 1, m.s 117, Perenggan 13, Damio de Geos mencatatkan bahawa Melaka dikenali sebagai bandar yang terkaya di dunia memandangkan bahawa pedagang-pedagang yang menduduki bandar tersebut adalah sangat kaya.

Kekayaan mereka dinilai dari segi jumlah emas yang dimilikinya. Emas ditukar dalam bahar - satu bahar adalah sama dengan 4 quintaes (satu quintaes adalah sama dengan 100 kilogram). Terdapat pedagang di Melaka yang memiliki emas dan permata antara 10 hingga 12 bahar"

Jika dikaji kenyataan di atas, ia menyatakan bahawa Melaka dikenali sebagai bandar yang terkaya di dunia. Tiada perkataan 'antara' diletakkan. Ini bermakna Melaka adalah negara yang terkaya di dunia ketika itu, mengatasi negara-negara maju di Eropah. Tidak cerdikkah orang Melayu?

Damio de Geos, turut menyatakan "Terdapat rumah-rumah berbatu yang kelihatan indah dan terdapat istana-istana yang indah."

Juga seperti mana yang dikatakan oleh M.B. Lewis, pensyarah Bahasa Melayu Universiti London dalam A Handbook of Malay Script dicetak pada tahun 1954.

"Kalakian maka datang sebuah kapal Feringgi dari Goa maka ia berniaga di Melaka. Maka dilihat oleh Feringgi itu negeri Melaka terlalu baiknya dan bandarnya pun terlalu ramai,"

Secara logik apabila Melaka maju, bermakna orang Melayu ketika itu bukan sahaja bangsa yang kaya malahan bijak dari segi pentadbiran, ekonomi termasuklah hubungan antarabangsa. Itu sebab wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Persoalannya, apabila ada dakwaan menyatakan bahawa orang Melayu tidak mampu berdikari tanpa bantuan orang bukan Melayu dari segi ekonomi, pendidikan mahupun pentadbiran, sejarah membuktikan sebaliknya. Adakah penanya berkenaan cuba memanipulasi fakta sejarah, supaya berpihak kepadanya?

Dilihat masa era penjajahan yang bermula pada 24 Ogos 1511 iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, sistem atau ketamadunan Bangsa Melayu telah dimusnahkan. Dalam tempoh 446 tahun dijajah, siapa sebenarnya yang mendapat manfaat daripada penjajahan tersebut? Adakah orang Melayu atau bukan Melayu yang menerima 'laba' daripada penjajah?

Apabila dihujah sedemikian, para peserta berkata, mereka tidak tahu. Mereka tidak diajar di sekolah. Apa yang diajar sekarang? Pelik! Saya memperoleh fakta ini semua di dalam buku sejarah yang dibaca di peringkat sekolah, cuma saya kembangkan untuk mendapatkan fakta tambahan bagi mengesahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Adakah benar fakta Sejarah tidak boleh dibahaskan? Adakah fakta yang disogokkan sekarang perlu dipertahankan, atau kebenaran perlu dicari! Fakta tetap fakta, yang perlu dicari ialah kaitan antara satu sama lain sehingga memberikan satu gambaran yang jelas berhubung sesuatu peristiwa itu.

Malangnya, terdapat segelintir mereka yang mempunyai kuasa, tidak membenarkan perkara-perkara sedemikian dibahaskan secara ilmiah dan yang lebih menyedihkan dengan kuasa yang mereka ada mengarahkan apa-apa yang melibatkan orang Melayu terutama konsep Ketuanan Melayu tidak boleh dibahaskan. Alasannya takut akan dianggap bersifat perkauman.

Jawapan saya mudah, mereka tiada roh Melayu Ultra. Jika benar mereka bangsa Melayu, fakta sejarah bangsa Melayu tidak harus 'disembunyikan'. Golongan inilah yang sebenarnya mengkhianati perjuangan nenek moyang mereka yang terkorban demi mempertahankan kewujudan bangsa iaitu bangsa Melayu. Sedarlah bangsa Melayu.

Perkahwinan, Fikirkan Dulu Hal Ini

MEMUTUSKAN untuk berkahwin memang tidak mudah. Sebab, ada banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami dengan betul.
Sememangnya, menjalani sebuah perkahwinan tidak seperti membalikkan tangan saja. Meski diawal manis, tetapi tidak selamanya boleh berlaku demikian. Oleh kerana itu, sebelum memutuskan untuk berkahwin ada baiknya anda memerhatikan beberapa perkara yang paling penting. Semua itu semata-mata demi kelangsungan kehidupan perkahwinan yang berkekalan. Selain itu, anda juga tidak akan pernah tahu masalah yang dihadapi kemudian. Ini ulasan menarik seperti dipaparkan oleh Yourtango.
Emosi
Saat mempunyai anak, biasanya tahap emosional seseorang terutama ibu akan naik. Misalnya saja, anak anda menangis, marah, atau bertengkar dengan saudaranya. Hal-hal itulah yang mungkin boleh membuat anda menjadi emosi. Jika anda termasuk emosional, berlatihlah untuk mengatasinya.
Komunikasi
Pastikan anda berdua komited untuk menjaga komunikasi dengan baik. Komunikasi juga tidak hanya sekadar bercakap sahaja. Tapi anda juga harus boleh melakukannya dengan dua arah, seperti mahu mendengar. Itu sangat penting, kerana kedepannya anda akan dihadapkan dengan pelbagai masalah tak terduga yang memang perlu diselesaikan bersama.
Mengatasi konflik
Setiap orang memang berbeza. Meski sudah bersatu sebagai pasangan, tetap saja mempunyai pandangan masing-masing. Tak hairan jika hal itulah yang kerap mencetuskan konflik.
Berfikir positif
Mulakan untuk belajar berfikir positif. Tentu saja ini untuk mengelakkan konflik yang berlaku di dalam menjalani kehidupan.

Bila Masa Isteri Berahi

Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami faham-faham sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, semak artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.
Bila Berjauhan Dengan Pasangan
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untnk seks. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.
Waktu Subur
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke 14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa ransangan yang hebat sekalipun isteri akan tetap teransang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah meransang suami untuk berasmara denganya.
Pihak suami tidak perlulah hairan dengan situasi ini atau menganggap isteri buang tebiat kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.
Selepas Bertengkar
Seks memang selalu dikatakan penyudah kepada setiap pertengkaran suami isteri. Rasanya hampir semua pasangan melakukan perkara ini. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yg lebih diinginkan oleh isteri selain daripada dipujuk dan dipeluk oleh pasangannya.
Sentuhan dan belaian suami pada waktu ini akan menyejukkan hati isteri yang masih dalam keadaan rajuk. Pandai-pandailah suami memujuk isteri pada ketika ini kerana kepandaian anda memujuk boleh menyebabkan situasi tersebut berakhir dengn penuh kenikmatan buat anda berdua.
Tertekan
Memang telah diketahui seks mampu meredakan tekanan baik pada lelaki mahupun wanita. Jadi apabila melihat isteri dalam keadaan tertekan dan murung, seks mungkin membantu dirinya untuk lebih relaks.
Tetapi harus lihat pada situasinya, sekiranya isteri tidak memberi respon pada ransangan yg diberikan, mungkin seks bukanlah apa yang diinginkan. Ajak dirinya untuk berkongsi masalah, cara itu mungkin membantu mengurangkan stress yang dialaminya.
Menerima Berita Gembira
Ini adalah masa yang paling baik untuk seks. Berita gembira seperti mengetahui diri sedang berbadan dua akan memberikan mood yang baik buat seorang isteri. Suami mungkin tiada masalah mendampingi isteri ketika ini.
Ajakan untuk melakukan seks pastinya tidak akan ditolak. Buat suami ingatlah tip ini sekiranya anda berkeinginan untuk seks, pastikan anda menggembirakan hati isteri terlebih dahulu.
Imaginasi
Bukan lelaki sahaja yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imaginasi atau fantasi tentang perkara ini. Namun fantasi mereka tidaklah ekstrem seperti lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya berfantasi tentang dirinya dilayan cukup romantik dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi buat suami, penuhkanlah fantasi isteri ini, layan dan belailah mereka. Jangan mengharapkan fantasi anda saja dipenuhi!