Khamis, 4 April 2013

Gadis trauma, abang 'dajal' jual gambar bogelnya di internet

Kuala Lumpur - Seorang gadis berusia 17 tahun yang telah dicabul oleh abang kandungnya selama lapan tahun hari hari bertambah trauma apabila gambar pencabulannya dijual di laman-laman web. Akhbar the The Star melaporkan, gadis tersebut dan abangnya tinggal bersama saudara mereka setelah ibu bapa mereka bercerai 15 tahun yang lalu. Detik hitam itu bermula pada usia gadis tersebut sembilan tahun.

"Dia mula meraba dan memeluk saya dan kemudian menjadi lebih jijik lagi," katanya dalam telepon ketika sidang akhbar dilakukan oleh Bahagian Aduan MCA, Datuk Seri Micheal Chong di Wisma MCA.
"Ketika saya berusia 13 tahun, abang telah mengambil dan merakamkan video saya sedang mandi tanpa pengetahuan.
"Saya mengadu kepada ibu, namun mereka anggap perkara tersebut tidak serius," tambahnya lagi.

Pada satu malam, ketika berusia 15 tahun, abangnya turut cuba memperkosanya di dalam bilik tidur yang mereka kongsi bersama. Beliau berjaya melepaskan diri, manakala abangnya pula dihantar untuk pemeriksaan mental.

Gadis berkenaan juga pernah mengugut ibu bapanya untuk melaporkan kejadian tersebut kepada polis, tetapi beliau digertak untuk dihalau jika berbuat demikian.

"Abang juga cuba mengambil gambar bogel saya sekali tahun lepas, tetapi kali ini saya menjerit.
"Baru-baru ini beliau berpindah ke Eropah untuk bekerja, dan saya sangka mimpi ngeri saya akan berakhir," katanya.

Namun begitu, pada 21 Mac yang lalu, abangnya telah menghubungi gadis berkenaan melalui FB dan memberitahunya beliau telah menjual gambar bogelnya kepada sebuah laman web lucah.

"Beliau mendakwa sedang pokai dan memerlukan wang," katanya.

Apabila gadis berkenaan memberitahu ibu bapanya, mereka hanya 'menasihatinya' supaya tidak melakukan perkara itu lagi. Oleh kerana itu, gadis berkenaan mengadu kepada Chong.

"Bahagian kami menerima banyak laporan ugutan sebegini, dan inilah pertama kali kami menerima berkaitan adik beradik," kata Chong.

Tiada ulasan: