Rabu, 3 April 2013

Dewan Rakyat Dibubarkan.

PUTRAJAYA 3 APRIL: Detik yang dinanti-nantikan rakyat akhirnya terjawab hari ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen sebentar tadi, untuk membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.

“Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka,” kata Najib.

Pengumuman khas itu dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi ketika mandat Najib genap empat tahun menjadi Perdana Menteri.


Menepati spekulasi yang bertiup kencang susulan kenderaan yang membawa perdana menteri, Najib Altantuya memasuki Istana Negara jam 8.25 pagi tadi, sah parlimen dibubarkan HARI INI!. Penantian memeritkan seluruh rakyat Malaysia sejak setahun setengah lalu kini berakhir. Najib Altantuya mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan yang disiarkan ke seluruh negara melalui radio dan televisyen selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebentar tadi.

Dengan ini parlimen tidak perlu menunggu sehingga 28 April ini, tarikh pembubaran automatik sekiranya Najib Altantuya tidak memohon perkenan Agong bagi membubarkan parlimen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga sudah dimaklumkan tentang pembubaran ini dan pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari menurut Perlembagaan Persekutuan. Dalam satu transkrip yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri turut menyebut kesemua kerajaan negeri dinasihat agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Kira-kira jam 10.14 pagi tadi, TV3 telah mengeluarkan satu mesej di Twitter memaklumkan akan berlaku pengumuman pembubaran parlimen jam 11 pagi.

@buletintv3: Pengumuman pembubaran parlimen sebentar lagi. Saksikan live #GE13 #PRU13. Maka dengan itu, berakhirlah sudah mandat pemerintahan yang diperolehi menerusi bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang bermula pada 28 April 2008. Serentak dengan itu, dijangka BN akan menghadapi tentangan sengit Pakatan Rakyat yang sudah bersedia bila-bila masa untuk menguasai kerajaan persekutuan selepas keputusan pilihanraya umum tidak lama lagi.

Kenyataan penuh:

Agong Perkenan Pembubaran Parlimen untuk Pilihanraya ke-13

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri.

"Saya ingin mengumumkan pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap yang Dipertuan Agong pada pagi ini. Yang Dipertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihanraya umum ke-13 dijalankan. Yang Dipertuan Agong menandatangani perisytiharaan pembubaran parlimen. Dengan itu kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubarkan Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama. Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini."

PM membuktikan bahawa beliau bukanlah pengecut dan tidak bermaruah untuk membiarkan Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya.

Tiada ulasan: