Lailatul Qadar merupakan satu malam yang dipilih oleh Allah sebagai bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Mengapakah Allah meengadakan satu malam yang istimewa ini. Allah menjadikan malam Lailatul Qadar kerana kekaguman para sahabat terhadap cerita Rasulullah yang menceritakan bahawa ummat terdahulu yang panjang umurnya, mereka beribadat kepada Allah. Oleh kerana usia Ummat Nabi Muhammad saw adalah dalam lingkungan 60 – 70 tahun. Maka para sahabat merasakan mereka rugi kerana terlepas peluang untuk beribadah kepada Allah swt. Oleh kerana perasaan duka hati ini, maka Allah menurunkan serah Al-Qadr:-
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, | إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ |
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? |
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ |
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. |
لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ |
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); |
تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ |
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar |
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ |
Untuk meredakan perasaan gundah dalam hati para sahabat. Dengan turunnya ayat ini Allah telah menceritakan tentang satu malam, malam yang istimewa yang melebihi seribu bulan. Beruntunglah kepada mereka yang menemui malam itu. Kerana inilah ummat Islam mengejar untuk beribadat. Tetapi alangkah ruginya sekiranya mereka itu hanya mencari Lailatul Qadar dan perbanyakkan ibadah hanya pada bulan Ramadhan. Setelah Ramadhan berakhir masjid2 dan surau2 kembali sepi dan yang tinggal hanya Imam dan 2-3 orang makmum sahaja.
Alangkah ruginya, kerana ianya tidak bertepatan dengan konsep agama Islam yang suci iaitu consistent (berterusan) dalam mengerjakan sesuatu perkara bukan hanya pada musim-musim tertentu. Memanglah ada dinyatakan bahawa setiap sesuatu itu ada musimnya dan Ramadhan adalah musim untuk beribadah ini adalah kerana Solat Sunat Tarawikh yang hanya boleh dilakukan pada malam-malam sepanjang bulan Ramadhan tidak pada bulan-bulan yang lain seperti ibadah-ibadah sunat yang lain yang boleh dilakukan sepanjang tahun.
Diharapkan agar ibadah kepada Allah diteruskan walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita, tidak kira dimana dan bila. Kerjakanlah ibadah secara berterusan bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Keredhaan Allah ada pada sepanjang tahun bukan hanya pada bulan Ramadhan kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan