Khamis, 2 Mei 2013

Penganalisis: Debat manifesto BN-PR masih boleh jadi kenyataan

Dr ShaharuddinDr Shaharuddin menyampaikan hujah dengan diikuti oleh Dr Mansor pada Wacana Sinar ke-19 petang ini. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

SHAH ALAM – Baki empat hari menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dilihat masih sesuai untuk diadakan debat manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menerusi televisyen bagi memberi ruangkepada rakyat membuat pilihan.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sejak seminggu selepas penamaan calon, kebanyakan parti politik kelihatan seperti hilang arah tuju.

“Banyak isu lain yang ditimbulkan seperti politik fitnah dan isu video ditimbulkan sedangkan hasil kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang yakin terhadap kebenaran video tersebut hanyalah 11 peratus manakala 65 peratus lagi tidak percaya. Sebenarnya tidak perlu ditimbulkan lagi sebab buang masa. Lebih baik tumpukan perhatian kepada manifesto kerana melalui perdebatan akan dapat mentasi sebarang kelonggaran,”

Kata beliau ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sini, hari ini.

Wacana siri ke-19 ini turut menampilkan panel lain seperti penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor serta dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan. Beliau menambah, manifesto yang baik mestilah bersifat dasar berbanding spesifik kerana ia akan membantu kerajaan mengemukakan dasar yang berkait rapat dengan manifesto itu sendiri.

Katanya, sebenarnya parti politik tidak mempunyai daya upaya untuk melakukan sesuatu manifesto di luar jangkaan kerana perkara itu yang akan menentukan apa lebih menarik di antara kedua-duanya parti.

“Saya yakin manifesto PR tidak sempurna, jadi apabila terdapat komen terhadap manifesto selepas dibentangkan, mereka betulkan serba sedikit dan mempunyai masa untuk menyampaikan kepada rakyat BN pun tidak sesempurna mana walaupun dinyatakan secara terperinci kerana apabila dibuat secara terperinci akan terdapat juga kesukarannya,” jelas beliau lagi.

Menyentuh mengenai pembentangan hasil kajian dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) 25 April lalu, Dr Shaharuddin kajian tersebut sebenarnya berkaitan tajuk manifesto, yang mana lebih meyakinkan.

Beliau yang juga ahli panel agensi tersebut berkata, hasil kajian menunjukkan peratusan sokongan rakyat terhadap manifesto PR melebihi BN, tetapi perkara itu tidak didebatkan, sebaliknya populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim melebihi Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi perhatian.

“Soal pokok mengenai manifesto tidak didebatkan sedangkan itulah perkara yang wajar didebatkan iaitu manifesto mana yang lebih meyakinkan kepada rakyat. Kajian tersebut menunjukkan persepsi rakyat dan parti politik bertanggunjawab untuk mengumumkan apa yang ingin mereka perjuangkan kepada rakyat dan perlu jujur kepada apa yang dilakukan,” katanya.

Manifesto PR lebih dekat dengan orang muda

Dr Maszlee Malik Dr Maszlee turut membawa Manifesto PR ketika memberi hujah, semalam

MANIFESTO yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) lebih dekat dengan orang muda dan memberi harapan baru kepada rakyat.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpendapat, manifesto berkenaan adalah realistik di mana ia memberikan apa yang rakyat perlukan dan bukannya apa yang dimahukan.

Katanya, manifesto PR menjurus kepada permasalahan orang muda berpendapatan rendah yang tinggal di bandar besar.

“Jika di luar negara, kita boleh tahu bagaimana satu-satu manifesto dibuat iaitu dengan cara survey dan macam-macam lagi. Di sini, mungkin manifesto PR itu dibuat oleh orang muda apabila mengaitkan pelbagai masalah orang muda seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), harga kereta tinggi, susah mendapatkan rumah kerana harga tinggi dan pelbagai lagi masalah yang begitu dekat dengan anak muda.  Masalah itu turut diterjemahkan lagi dengan kadar tol mahal, harga minyak tinggi dan menyebabkan hutang isi rumah meningkat sehingga menjadikan jurang pendapatan negara ini antara tertinggi di Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di Asia,” katanya.

Menurutnya, sungguhpun manifesto di Malaysia masih belum mencerminkan ideologi, tetapi ia menunjukkan satu kematangan dalam sistem politik negara.

“Barisan Nasional (BN) dan PR, kedua-duanya mempunyai manifesto yang begitu dekat dengan rakyat cuma BN lebih bersikap defensif berbanding PR yang ofensif (menyerang). Jika mahukan satu politik matang, perlulah ada perubahan. Manifesto BN mahu menunjukkan kekuasaan dan mahu kekal berkuasa. PR pula sebaliknya kerana sukar difahami tetapi jelas mahukan perubahan dan membawa harapan rakyat,” katanya.

Menurutnya, manifesto BN juga banyak beri manfaat kepada rakyat khususnya berpendapat rendah dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan pelbagai lagi.

“Rakyat di luar bandar lebih mendapat manfaat ini, cuma adakah pemberian tersebut dapat selesaikan masalah mereka. Ini kerana pemberian itu bukan bersifat berterusan.   Masyarakat perlu diupayakan kerana ia sebahagian sistem pendidikan. Demokrasi juga bukan sekadar ideologi semata-mata,” katanya.

Menurutnya, walaupun manifesto dibuat belum capai tahap ideologi, tetapi berharap di masa depan ia boleh memperkasakan masyarakat.

MTUC: Jangan perlekeh kuasa undi pekerja

mtuc logoKongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

SUBANG JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memberi ingatan kaum pekerja boleh menjadi penentu kepada kemenangan kepada mana-mana parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, perkara itu tidak mustahil boleh dilakukan jika sembilan tuntutan mereka dipenuhi dan diperjuangan sama ada daripada parti pemerintah mahupun pembangkang.

"Bila kita terima dua surat ini, mereka tak nyatakan persetujuan tapi lebih beri penjelasan dalam tuntutan kita, mana yang lebih menepati dengan kehendak dan tepati keperluan pekerja, kita janji beri sokongan penuh pada PRU13. Dengan 800,000 keahlian MTUC ini boleh jadi penentu kepada PRU13, sebab itu jangan perlekehkan kuasa pekerja," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan MTUC sempena sambutan Hari Pekerja, di ibu pejabat MTUC, di sini, hari.

Sarah malas layan Ammar

PUTERI SARAH enggan melayan dakwaan mengarut bekas kekasihnya, Ammar.
SETELAH hubungan antara pelakon dan model Ammar Alfian dan Puteri Sarah Liyana berakhir, tiada lagi kisah yang membabitkan mereka apabila kedua-duanya membawa haluan masing-masing.
Apatah lagi, sekarang ini Sarah sudah tampil bertudung dan menyatakan kehidupannya kini lebih bahagian tanpa kekasih dan lebih mudah buat dirinya untuk fokus dalam kerjaya lakonannya.
Bagaimanapun, baru-baru ini Ammar telah membuat pendedahan apabila menyatakan bekas kekasihnya itu kini sedang menjalinkan hubungan dengan dengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof.
Ketika dihubungi Kosmo!, Sarah menyatakan dia begitu terkejut dengan dakwaan tersebut dan berasa hairan apabila dirinya tiba-tiba dikaitkan pula dengan anak kepada penerbit Yusof Haslam itu.
Ikuti temu bual seterusnya bagi mendapatkan kepastian mengenai hubungannya dengan Syamsul seperti yang didedahkan Ammar.
Kosmo!: Sebelum ini Sarah menyatakan tidak mempunyai kekasih setelah putus cinta dengan Ammar. Bagaimanakah timbul pula kisah percintaan anda dengan Syamsul?
SARAH: Sebenarnya saya agak terkejut dengan pendedahan tersebut dan tidak menyangka sama sekali cerita sebegini boleh ditimbulkan oleh Ammar memandangkan kami secara rasminya sudah berpisah sejak bulan Disember tahun lalu. Saya sendiri tertanya-tanya dan tidak tahu alasan Ammar berbuat demikian sehingga menuduh saya sebegitu. Jadi, setelah difikirkan semula lebih baik saya tidak layan sebarang kenyataan yang dibuat olehnya.
Apakah status hubungan anda dengan Syamsul?
Kalau boleh saya tidak mahu mengulas panjang mengenainya kerana tidak mahu ia berpanjangan. Cuma, apa yang boleh saya cakap kami memang tidak menjalinkan sebarang hubungan cinta.
Adakah benar anda dan Syamsul pernah berlakon bersama-sama sebelum ini?
Tidak dinafikan kami pernah berlakon dalam drama bersiri KL Drift The Series pada bulan November tahun lalu, tetapi dakwaan yang menyatakan kami menjalinkan hubungan cinta memang tidak benar. Selepas membintangi drama tersebut kami sudah tidak lagi berjumpa kerana masing-masing sibuk, malah Syamsul sekarang banyak menghabiskan masanya di Bangkok, Thailand untuk menyelesaikan proses penerbitan filem KL Gangster 2. Jadi, bila masa pula kami berjumpa dan bercinta.
Apakah yang ingin anda lakukan sekiranya Ammar terus bercerita tentang diri anda?
Saya tidak kisah apa pun yang dia ingin cakap, asalkan tidak melampaui batas. Sekarang ini lebih baik saya fokus sahaja kepada kerjaya lakonan tanpa memikirkan kenyataan yang dibuat olehnya.
Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang ini?
Pada bulan hadapan saya akan ke Bandung, Indonesia untuk menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Berkalung Duri untuk siaran RTM. Kemudian pada 4 Mei ini telemovie lakonan saya iaitu Anak Menantu akan disiarkan di TV3 untuk slot Cerekarama. Bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberitahu bahawa telemovie itu merupakan yang terakhir menampilkan saya tidak bertudung. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu peminat salah sangka dan menganggap saya telah menanggalkan tudung semata-mata kerana mahu berlakon.
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

Bapa Mohd. Saiful Bukhari tarik balik permohonan maaf kepada Anwar

KAJANG - Bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim (gambar) mendakwa dia telah diperdaya oleh pihak tertentu untuk membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Mac lalu.

Serentak dengan itu, Azlan dalam sidang akhbar di sini semalam menarik balik permohonan maaf itu.

Dia mendakwa kes liwat melibatkan Mohd. Saiful dan ketua pembangkang itu benar-benar berlaku dan bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.

"Kenyataan yang saya keluarkan sebelum ini disebabkan termakan hasutan dan pujukan kawan-kawan yang meminta berbuat demikian.

"Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh keluarga terutama anak saya (Mohd. Saiful)," ujarnya.

Pada 8 Mac lalu, Azlan mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa Mohd. Saiful telah dipergunakan untuk memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

Anwar sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 2008.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu.

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.

Kepada mana-mana yang mengenali individu ini… berhati-hati… mungkin anda sedang ditikam dari belakang… jauhilah individu ini… SAFETY FIRST