Isnin, 29 April 2013

Tun Dr M: Cubaan terakhir BN pertahankan PUTRAJAYA

Belum pernah sebegini terdesak diperlihatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila semakin jelas dan nyata bahawa rejim kuku besi itu seakan sudah merasakan mereka akan kalah dalam pilihan raya.
Jika tidak mengapa Mahathir Mohamad menyerang calon PAS, Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam seolah memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata; “Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali, minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.

Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN.

Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno dan BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada “orang yang tak sepatutnya.”

Pertandingan di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Adnan Mansor.

Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya.

Adnan berasal dari Melaka. Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir.

“Bagi Mahathir, Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS enam hari lagi. Pastilah gelabah,” kata satu sumber Umno.

“Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti ceramah Husam selepas balik ke rumah di Ustream.

Nampaknya Mahathir tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada Husam. Orang muda dah tak suka benda itu,” kata sumber Umno itu lagi.

Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka. “Selain mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main?

Manifesto hancur. Janji Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti Najib, itupun sudah dipintas Anwar.

6 hari terakhir ini, BN bakal 'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia,” nasihat beliau.

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN, Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya.

Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.

“Saya dengar mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala kemungkinan,” nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan semua untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan, Chen Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya.

Plus: Patuhi TTA ketika pulang mengundi

Orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dinasihatkan mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus).
TTA yang selama ini dikeluarkan ketika musim cuti perayaan didapati berjaya mengurangkan kesesakan, dan diharapkan orang ramai yang akan menggunakan lebuh raya Plus pada 4 dan 5 Mei ini mematuhi TTA yang dikeluarkan, kata Ketua Pegawai
Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi dalam kenyataan hari ini.
Sebanyak 1.3 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari menjelang PRU13 dan jumlah itu merupakan peningkatan 20 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang dicatatkan pada hari-hari biasa.- Bernama

Sumber: http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com Plus: Patuhi TTA ketika pulang mengundi | ahmad zikron

TANDA-TANDA GEARBOX ROSAK DAN AUTO TRANSMISI

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-

1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-

1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke  FREE.

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa  digunakan.

Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

TIPS ELAK KECURIAN DIROMPAK DIROGOL DALAM RUMAH SENDIRI (MESTI BACA)

Elak Kecurian, Dirompak dan dirogol dalam Rumah Sendiri . . .

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak.

Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari ? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan.

Terutama perompak warga asing yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama).
(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in KES terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 12:00 am).

AIR MINERAL UNTUK RADIATOR KERETA

Sepertimana ramai yang mengetahui air mineral adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan berjaya mengekang kemasukan banyak penyakit untuk tubuh.Air mineral yang asli adalah air yang diambil dari bawah tanah sekitar kedalaman 320 kaki dan disuling.

Kajian juga menyatakan bahawa kandungan asas seperti kalium,magnesium,sodium,potassium chloride dan sulphate adalah kandungan asas dalam air mineral.(rujuk tulisan Dr.Zubaidi di drzubaidi.com)

Memang ada terdapat juga air mineral adalah air paip yang melalui proses penyulingan dan digunakan sebagai air minuman seharian. Air minuman yang sebegini memang tidak sesuai digunakan untuk air radiator.

Guna air mineral dalam radiator

Ramai juga yang mengetahui bahawa air mineral adalah baik untuk kesihatan sistem penyejukan enjin kereta.Ini telah terbukti dimana banyak bengkel kereta di seluruh Malaysia telah menggunakan air mineral untuk dituangkan ke dalam radiator.

Di samping menyejukan enjin ,air mineral juga mampu merawat dan menurunkan kepanasan enjin sekitar 30-50 peratus ke tahap yang dikehendaki untuk kipas ,thermostat dan water pump menjalankan tugas masing-masing dalam sistem penyejukan enjin kereta.

Dalam keseluruhan jenama air mineral yang banyak dijual di Petronas,Esso,Shell dan pasaraya,jenama yang dipilih dan telah terbukti  berkesan untuk sistem penyejukan air kereta adalah jenama Spritzer.

Nota:-Telah diuji sendiri oleh mekanik kerosakan kereta

Jenama Spritzer ini memang mempunyai keupayaan merawat radiator dan juga dapat mengawal pembentukan lumut hijau dalam hose dan pada thermostat.

Lumut hijau berkeladak atau aluminium corrosion pada thermostat pada umumnya akan menjadikan kepanasan air dalam radiator bertambah sekitar 20 peratus dan keburukan ini akan berlarutan sehingga menyekat thermostat dari melakukan mengembang untuk auto kipas berfungsi dengan baik.

Gabungan air mineral dan coolant

Coolant sepertimana yang kita ketahui penggunaannya juga adalah untuk memberikan sejuk sempurna pada enjin kereta sekaligus berupaya menambahkan prestasi enjin.

Wajib diketahui juga bahawa prestasi enjin mudah menurun disebabkan kepanasan pada sistem penyejukan.Tahap kepanasan yang tidak sesuai kadangkala melebihi paras setengah pada penunjuk meter adalah tidak baik untuk prestasi enjin.

Coolant juga terdapat kualiti yang diperlukan untuk untuk digabungkan dengan air mineral supaya sesuai digunakan dalam radiator.kandungan silikon dan asid amino dalam coolant harus diketepikan.

Ini bermakna jika memilih coolant pastikan kedua bahan silikon dan asid amino tidak terdapat dalam coolant yang akan digunakan.Coolant berkualiti tinggi seperti ini biasanya dilabelkan dengan long life coolant.

Ethylene Glycol

Ethylene Glycol adalah bahan beracun yang digunakan dalam pembaikan coolant kereta.Ethylene Glycol ini agak bahaya jika tertelan atau terhidu dengan banyak lebih-lebih lagi untuk wanita yang membawa kandungan.

Ethylene Glycol ini digunakan biasanya pada coolant kereta Nissan dan terbukti berupaya memberikan perawatan yang baik untuk melawan lumut aluminium dari menyelaputi radiator.Bahan tambahan ini juga berupaya  memberikan keupayaan tambahan  untuk prestasi enjin.Olehitu jika anda memilih coolant pastikan coolant tersebut mengandungi ethylene glucol sebagai bahan tambahan.

Keberkesanan air mineral

Tulisan ini bukan sekadar memberikan pengajaran kepada pengguna kereta supaya menuangkan air mineral kedalam radiator malah ingin juga mengalihkan pandangan pengguna supaya tidak menggunakan air paip untuk menambahkan air dalam radiator dan juga setelah proses flush radiator.

Walaubagaimanapun jika sistem penyejukan kereta mengalami kerosakan water pump seperti tidak berpusing atau telah karat dan mengeluarkan air menitik sebagai tanda perlu ditukar,air mineral yang ditambahkan memang tidak akan membantu untuk membaiki sistem penyejukan kereta.

Apa yang perlu ialah menukar water pump dengan yang baru begitu juga jika kipas radiator tidak berfungsi anda perlu tukar motor kipas dahulu kemudian menggunakan air mineral untuk radiator dalam menambahbaikan sistem penyejukan enjin.

Nota:-Lakukan proses flush radiator (buang air),buka skru dibawah radiator,gunakan 1/2 long life coolant dan 1/2 air mineral